Tuesday, November 30, 2010

Ibnu Qayyim al-Jauziyah menulis:

Ramai dalam kalangan orang kristian dan yahudi yang sebenarnya berminat pada islam. Tetapi iblis bertindak menghalang mereka memeluk islam. Kata iblis "jangan bertindak terburu2. Fikirkan mengenainya sekali lagi secara matang."iblis terus menerus membisikkan kata2 itu sehingga mereka mati sebelum sempat memeluk islam.

Iblis turut menghalang orang yang berdosa daripada bertaubat.Akhirnya mereka menjadikan nafsu syahwat sebagai matlamat hidup. Kata seorang penyair,"Jangan segera melakukan dosa kerana nafsu berahi dan jangan melengah-lengahkan taubat sehingga kemudian hari."

Ramai yang ingin berbuat kebaikan,menagguhkannya kerana dihalang oleh iblis. Kepada orang yang hendak belajar, iblis berbisik,"Tunggu dulu," kepada orang yang hendak mendirikan sembahyang malam,iblis berbisik,"Engkau masih punya banyak waktu."

Iblis sentiasa mendoronng manusia supaya bermalas-malasan dan menjadikan amal kebaikan sebagai angan-angan semata-mata.

Orang yang mempunyai semangat harus bertindak berdasarkan semangatnya. Semangat mampu menewaskan angan-angan. Keika dalam keadaan bersemangat, timbul rasa takut dan bimbang sekiranya apa yang ingin dilakukantidak dapat dikotakan. Mereka juga sedar masa yang berlalu tidak kembali lagi.

Orang yang melakukan kebaikan,terhalang melakuakannya kerana panjang angan-angan. Pada masa yang sama manusia dibisikkan pula supaya melakkukan kejahatan.Akhirnya mereka terus menerus berkeadaan begitu.

Orang yang panjang angan-angan suka membuat andaian. Contohnya mereka berkata "sekiranya saya dapat rezeki lebih,saya akan bersedekah."perckapan sebegitu tidak ada faedah.Antara generasi awal Islam,ada yang berkata,"saya ingatkan kalian mengenai bahaya membuat andaian, kerana membuat andaian itu adalah pasukan iblis yang paling besar."

Perbandinagan antara orang yang panjang angan-angan dengan yang berwaspada,ibarat orang yang hendak berjalan jauh. Orang yang berwaspada berusaha menyiapkan bekalan secukupnya bagi perjalanan yang jauh itu. Sebaliknya orang yang panjang angan-angan menagguhkan persiapan sehingga akhirnya  gagal membawa bekalan secukupnya dan menghadapi masalah sepanjang perjalanan.

Begitula perumpamaan manusia di dunia. Ada yang sedar dan berwaspada, ada yang terpedaya dan panjang angan-anagan. Manusia yang berwaspada tidak cemas apabila kematian menghampirinya. Manusia yang panjang angan-angan sebaliknya berasa takut dan kesal.

Kami memohon keselamatan kepada Allah daripada tipu daya pujukan syaitan, kejahatan jiwa dan dunia. Sesungguhnya Allah maha dekat dan mha mengabulkan doa. Semoga Allah menjadikan kita termasuk ke dalam golongan orang beriman..


Ashkuruka Ya Rabbi-Mawaddah in Amman,Jordan